untuk keterangan lanjut mengenai jenis-jenis caruman.
2. MAA Takaful Berhad mempunyai hak untuk menyemak kadar caruman apabila tiba masa pembaharuan dengan memberi notis dalam masa sembilan puluh (90) hari notis bertulis kepada peserta.
Kemasukan ke Panel Hospital Menjadi Lebih Mudah
Kad Perubatan 'Stand Alone'
Smart Medic 200 boleh dibeli secara tunggal (Stand Alone) atau ditambah sebagai rider dalam Takafulink. Medikal kad 'Stand Alone' boleh dibeli jika anda telah pun memiliki atau tidak mahu membeli takafulink. Ia juga sesuai pada mereka yang mahukan perlindungan perubatan (medical coverage) mampu milik.
Khairat Kematian Yang Tinggi
Waris akan menerima RM 5000 untuk uruskan pengebumian.
Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara.
Yup! Dont worry! Medical card MAA takaful bertaraf international.
Program Bantuan Perubatan Antarabangsa – pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubtat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
• Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
• Bantuan Kereta***- penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta.
sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
• Bantuan Kediaman***- perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.
* tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.
* tidak termasuk hospital admin fees. average admin fees hosp swasta di sekitar Lembah Klang adalah antara RM20-RM50 sahaja.
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun untuk medikal kad.
- Caruman tidak dibayar lebih dari 31 hari selepas(lapsed) tarikh bayaran sepatutnya.
- Pemegang polisi kad telah mencapai umur 80 tahun.
- Selepas bayaran Khairat kematian.
- Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup.
- Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja).
- Penyakit sedia ada.
- Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan.Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif.
- Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
- Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
- Peperangan, mogok dan rusuhan(Bersih 2.0).
- Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata.
- Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak.
- Gangguan mental(meroyan) atau saraf.
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
- Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital.
- Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.
- Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital.
- Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan.
- Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
- Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan,pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
- Premium bayaran untuk SmartMedic 200 'Stand Alone' tetap perlu dibayar walaupun anda telah disahkan doktor menghidap mana-mana dari 46 Penyakit Kritikal. Hanya Smart Medic 200 yang diambil bersama add-on Waiver of Contribution on Dread Disease (MTWCDD) dalam Takafulink sahaja boleh waive premium bulanan anda. Please take note ya!
- Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan. untuk contoh, sila refer link INI.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
- Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.