7 TIPS MEMILIH MEDICAL CARD YANG SESUAI UNTUK KITA #7 Paling Penting & Mungkin Ramai Belum Tahu 1. Bilik & Hospital Pilihan Kal...

7 TIPS MEMILIH MEDICAL CARD

/
0 Comments


7 TIPS MEMILIH MEDICAL CARD YANG SESUAI UNTUK KITA

#7 Paling Penting & Mungkin Ramai Belum Tahu

1. Bilik & Hospital Pilihan
Kalau masuk hospital kita nak bilik single ke sharing? Hospital mana kita pilih? Ok sekarang pergi ke website hospital tu, cek dekat bahagian ‘Room Rates’ tengok harga satu malam bilik yang kita nak. Of course rate bilik single hospital di KL tak sama dengan hospital di Shah Alam.


2. Room & Board (R&B)
2.1 Dah tahu room rates sekarang senang nak pilih pelan medical card yang ada. Katalah bilik single yang kita nak tu harga RM230 satu malam, mungkin kita nak ambil medical card yang bagi R&B RM250 atau RM300. Biar lebih pasal in the future harga bilik tu mungkin dah tak sama macam sekarang, dah naik.
2.2 Tengok berapa bilangan hari maksimum setahun yang medical card tu cover kalau kita diwadkan. Lain medical card lain bilangan hari yang di’offer’. Ada yang offer 120 hari, 150 hari, 180 hari, 200 hari. Yang offer 365 hari setahun pun ada. Of course harga tak sama antara satu sama lain.


3. Annual Limit
Kita rasa dah ada medical card dah cukup. Tak kira samada company bagi atau sendiri beli. Tengok juga berapa limit boleh claim dalam setahun. Cukup ke kalau limit RM50,000 setahun? Seseorang yang saya rapat buat operation buang batu dalam hempedu September tahun lepas, kos rawatan RM36,000. Itu baru batu dalam hempedu. Kalau sakit-sakit kritikal berapa kosnya?


4. Lifetime Limit
Inilah had seumur hidup yang kita boleh claim. Kalau dah cecah lifetime limit, nak pakai lagi pun dah tak boleh. Sekarang dah ada syarikat takaful yang offer Lifetime Limit: UNLIMITED


5. Rawatan Dialisis & Rawatan Kanser Pesakit Luar
Part ni cek betul-betul. Kalau tak pasti tanya dengan ejen. Ada medical card yang kenakan had dialisis & kemoterapi tahunan dan/atau had seumur hidup. Ada yang tak letak had spesifik sebaliknya ikut had keseluruhan tahunan/seumur hidup. Biasanya caruman medical card yang ada had spesifik untuk dialisis & kemoterapi ni lebih murah. Nak murah ke nak nanti kalau terkena kos semua di’cover’? Owner salah satu kedai nasi lemak yang saya suka pergi makan buah pinggangnya dah rosak. Jadi dia kena buat dialisis. Seminggu 3x. Sekali rawatan RM250. So sebulan RM3,000. Setahun dah RM36,000.


6. Co-Insurance/Co-Takaful (10%)
Maksudnya kalau masuk hospital, 10% daripada jumlah bil kita bayar, 90% lagi syarikat takaful bayar. Medical card jenis ni kos lebih murah dan popular sebelum-sebelum ni. Tapi sekarang tengok trend market lebih suka yang takde co-takaful. Maksudnya bil semua syarikat yang tanggung.


7. Co-Payment (10%)
Ni tak sama dengan co-takaful. Co-Payment ni contohnya limit rate bilik kita RM200 tapi bila kita masuk hospital kita SENDIRI REQUEST nak bilik yang harga RM300. Kita ingatkan bayar beza harga bilik tu jela (RM100). Tak betul. Yang betulnya kita kena bayar beza harga bilik + 10% daripada bil-bil lain. Ya walaupun asalnya medical card kita ni jenis yang takaful bayarkan semua. Part ni penting. Kadang ejen pun tak cerita. Sebabnya klien tak Tanya.


artikel dari : https://www.facebook.com/notes/hazwan-yunus/7-tips-memilih-medical-card-yang-sesuai-untuk-kita/10153473960466998Terima kasih.


You may also like

No comments: